Panduan Penyesuaian Cermin Sisi Kenderaan

Cermin sisi merupakan satu komponen keselamatan penting yang terdapat dalam sesebuah kenderaan. Ia memainkan peranan utama dalam mengurangkan titik buta pemandu sekiranya ia dilaraskan dengan betul sebelum memandu kenderaan. Titik buta adalah kawasan sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat secara langsung oleh para pemandu menerusi cermin sisi kenderaan.

Dengan penyesuaian cermin sisi secara betul, anda mampu mengelakkan kemungkinan berlakunya kemalangan jalan raya akibat masalah penglihatan yang dipengaruhi oleh titik buta. Oleh itu, adalah penting bagi anda mengetahui cara penggunaan cermin sisi yang betul demi mengurangkan titik buta dan had penglihatan anda ketika memandu kenderaan.

1) Laraskan cermin pandang belakang

Cermin pandang belakang perlu dilaraskan dahulu supaya anda dapat melihat kenderaan di belakang kereta anda. Ia adalah langkah penting bagi menyesuaikan kedudukan cermin berdasarkan ketinggian anda serta memastikan anda mampu melihat dengan jelas persekitaran belakang sebelum membetulkan cermin sisi.

2) Laraskan cermin sisi kanan

Sebelum melaraskan cermin sisi kanan atau dikenali sebagai cermin pemandu, anda perlu sandarkan kepala anda pada cermin tingkap pemandu sebelum membetulkan posisi cermin tersebut. Sentiasa laraskan cermin sisi kanan ke luar hingga anda dapat melihat sempadan kanan tepi kereta anda. Pastikan anda mampu melihat ke bawah pada laluan bersebelahan dan bukannya badan kereta anda sendiri.

3) Laraskan cermin sisi kiri

Kemudian, alihkan kedudukan kepala anda ke bahagian tengah kereta iaitu selari dengan kotak gear sebelum melaraskan cermin sisi sebelah kiri yang dikenali sebagai cermin sisi penumpang. Betulkannya dengan menyelaraskan cermin ke arah luar. Pastikan anda mampu melihat sempadan di sebelah kiri tepi kereta anda.

4) Periksa apa yang dapat dilihat di dalam cermin

Selepas membetulkan cermin sisi di sebelah kiri dan kanan, anda perlu memeriksa semula objek yang anda dapat lihat melalui cermin tersebut. Pastikan anda dapat melihat kereta lain di lorong bersebelahan dan bukan bahagian tepi badan kenderaan anda.

5) Berjalan mengelilingi kereta anda

Akhirnya, anda boleh periksa titik buta dengan meminta bantuan rakan atau ahli keluarga untuk berjalan mengelilingi kenderaan anda. Dengan ini anda dapat memastikan anda mampu melihat dia dari semua sudut dan dapat mengurangkan titik buta di atas jalan raya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!