Faktor Kerosakan Penyaman Udara Kereta

Penyaman udara dalam kereta memainkan peranan penting dalam memastikan keselesaan pemandu dan penumpang. Walau bagaimanapun, pengabaian terhadap fungsi penyaman udara boleh membawa kepada kerosakan yang tidak dijangka. Berikut disenaraikan beberapa punca penyaman udara rosak atau tidak berfungsi dengan baik:

1) Penapis udara kotor

Penapis udara yang kotor dengan pengumpulan habuk atau serpihan akan menganggu aliran penyaman udara. Ia sekaligus menjejaskan sistem proses penyejukan. Bagi mengelakkan gangguan tersebut, pastikan sentiasa membersihkan penapis udara supaya semua sistem berfungsi dengan lancar.

2) Kebocoran gas

Kebocoran gas boleh berlaku pada bila-bila masa atas punca tertentu. Walau bagaimanapun, masalah paling ketara adalah akibat minyak pemampat penyaman udara berasid hingga menyebabkan hakisan dari dalam ‘cooling coil’. Ia sekaligus menyebabkan kebocoran di mana gas penyaman udara keluar bersama-sama minyak pemampat. Gas ini sebenarnya berfungsi sebagai pembawa haba. Akibat kebocoran, haba ini tidak dapat dipindahkan dan ia mengurangkan kesejukan penyaman udara.

3) Kegagalan pemampat

Pemampat yang juga dikenali sebagai ‘compressor’ berfungsi untuk memampatkan gas kepada bentuk cecair. Kerosakan berlaku apabila terdapat beberapa serpihan tersumbat hingga menyebabkan kebocoran dan kehabisan cecair pelincir. Kitaran penyejukan akan terganggu dan ia sekaligus mengurangkan kesejukan penyaman udara. Pemampat juga boleh gagal berfungsi apabila terdapat masalah elektrikal atau enjin terlalu panas.

4) Kerosakan injap pengembangan

Proses perpindahan haba terganggu akibat terdapat bendasing dalam sistem paip. Kesumbatan ini menyebabkan cecair tidak disembur menjadi gas dengan sempurna. Hal ini menyekat proses penyejukan dan menghalang kemasukan udara sejuk.

5) Gegelung penyejuk

Pernah dengar bunyi angin dari blower kuat tetapi kesejukan angin kurang? Ia berlaku kerana ‘cabin filter’ dan kipas penghembus kotor akibat pengumpulan habuk pada permukaan gegelung penyejuk. Hal ini menghadkan perpindahan haba hingga mengurangkan kesejukan penyaman udara. Pastikan kedua-dua komponen ini sentiasa bersih dan diservis bagi memastikan kedinginan dalam kereta.

6) Kondenser rosak

Sebarang masalah terhadap kondenser boleh dikenal pasti apabila enjin kereta mengeluarkan bunyi lebih kasar dan sedikit bising ketika anda menekan pedal minyak. Fungsi kondenser adalah bagi mengubah gas menjadi cecair. Sekatan akibat serpihan akan menyebabkan bahan pendingin tidak mengalir dengan betul.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!