Nikmati Sarapan Berkhasiat

Sarapan adalah sajian awal yang perlu diambil setiap hari oleh semua individu. Ia membekalkan tenaga untuk menjalankan aktiviti seharian dengan cergas dan produktif. Berikut disenaraikan beberapa sarapan berkhasiat yang mudah disediakan:

smoothie

1) Smoothie

Bukan sekadar minuman buah-buahan, smoothie membekalkan pelbagai jenis nutrisi untuk keperluan harian kita. Segelas yang penuh dengan vitamin, antioksidan dan mineral sesuai diminum bagi mengalas perut anda. Ia boleh dinikmati dengan biji chia, yogurt, pudina dan lain-lain mengikut cita rasa anda.

oat

2) Oat

Oat adalah bijirin bebas gluten yang kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksidan. Ia memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama kerana proses pencernaan oat memakan masa. Anda boleh menjimatkan masa dengan menyediakan ‘overnight oats’ bersama buah-buahan, kekacang, coklat, buah kering dan lain-lain untuk menyelerakan sarapan anda.

boiled-egg-with-seasonings-916904

3) Roti bakar dengan telur

Roti bakar bersama telur rebus adalah makanan lengkap dengan sumber karbohidrat, protein dan lemak yang diperlukan untuk membekalkan tenaga seharian. Ia lebih berkhasiat untuk dinikmati bersama roti mil penuh kerana kandungan serat lebih tinggi daripada roti biasa.

pancakes-3926009_1920

4) Lempeng

Lempeng mudah disediakan dengan bahan asas yang selalunya ada di dapur kita. Makanan kaya dengan sumber protein ini sesuai dimakan bersama madu, badam dan buah-buahan. Anda juga boleh membalut lempeng dengan hirisan dada ayam, tomato, kobis ungu dan timun untuk menambah keenakannya.

salad-791891_1920

5) Salad

Makanan yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pelbagai warna tidak digemari ramai walaupun ia mempunyai khasiat yang menakjubkan. Diperkaya dengan vitamin dan mineral, menu salad juga boleh meningkatkan tahap antioksida dalam darah anda. Nikmati semangkuk juadah lazat ini bersama jus limau, yogurt, madu, sos mayones dan lain-lain perisa tambahan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!