Percutian Hujung Minggu Berhampiran Lembah Klang

Pandemik COVID-19 yang melanda bermula awal tahun ini telah membantutkan aktiviti pelancongan dan percutian. Walau bagaimanapun, kelonggaran yang diberikan Kerajaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini membolehkan kita untuk melancong di dalam negara. Berikut disenaraikan beberapa lokasi sesuai berhampiran Lembah Klang untuk percutian singkat hujung minggu bersama keluarga:

1) Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Teringin melancong ke luar negara seperti Eropah, Perancis dan Jepun? Tetapi tidak boleh disebabkan COVID-19? Jangan risau, negara kita sendiri mempunyai tempat pelancongan ala luar negara iaitu di Bukit Tinggi, Pahang. ‘Colmar Tropicale French Villa’ menjadi tarikan pelancong luar dan dalam negara kerana seni binanya yang diinspirasikan oleh sebuah bandar di Perancis. Anda juga boleh menikmati makan malam yang romantik dengan pasangan anda di Restoran ‘La Cigogne’ bertema Perancis yang menyediakan makanan Perancis dan ia mempunyai sijil Halal. Pengunjung juga boleh mengunjungi ‘Japanese Village’ dan boleh mempelajari teknik penyediaan teh tradisional.

tdom

2) Tadom Hill, Banting

Kawasan dikelilingi oleh pokok bakau dan tempat penginapan yang diperbuat daripada buluh menjadi tarikan utama para pelancong ke Tadom Hill. Ia adalah tempat sesuai untuk melakukan aktiviti kekeluargaan dan teambuilding. Aktiviti seperti berakit, tarzan swing, menyelam dan buaian buluh adalah antara aktiviti lasak yang anda boleh lakukan di sini. Terdapat juga aktiviti flying fox yang merentasi tasik, ATV dan paintball boleh dilakukan bersama keluarga anda.

templerq

3) Templer Park Rainforest Retreat, Rawang

Jemu dengan kehidupan bandar? Ingin keluar dari hutan konkrit ini, Templer Park Rainforest Retreat adalah destinasi terbaik untuk anda. Terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, anda dapat menikmati keindahan ciptaan tuhan bersama keluarga dan teman. Vila persendirian mampu menenangkan jiwa dan minda anda. Antara kemudahan yang ditawarkan di tempat ini ialah kolam renang, sauna dan barbeku.

t

4) Farm Ville Cafe Homestay, Sekinchan

Teringin bercuti di kawasan sawah padi sambil menikmati pemandangan indah? Jika ya, Farm Ville Cafe Homestay adalah tempat yang perlu anda sertakan dalam senarai tempat pelancongan anda. Hotel yang diperbuat daripada kontena merah di tengah-tengah kawasan sawah padi yang luas akan memberi ketenangan kepada para pelancong bersama keluarga. Antara aktiviti yang terdapat di sini ialah berbasikal, berenang di kolam renang, trampolin dan berkelah di balkoni. Jangan lupa menikmati makanan laut di Sekinchan yang sangat popular di kawasan tersebut.

s

5) Selangor Fruits Valley, Rawang

Penggemar buah-buahan boleh mengunjungi ladang buah-buahan tropika yang terletak di Rawang, Selangor. Bukan sekadar buah-buahan, anda juga boleh melihat haiwan ternakan seperti rusa dan arnab serta memberi makanan kepada mereka di sini. Anda boleh berbasikal di sekitar ladang ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!