Sumbangan Khairat SPANCO Kepada Waris Mangsa Kemalangan

Pada 15 Mei 2020 yang lalu, Pihak SPANCO telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada waris-waris mangsa kemalangan maut yang melibatkan kenderaan SPANCO baru-baru ini. Kemalangan yang berlaku di kawasan Lurah Bilut, Pahang itu telah meragut nyawa pemandu dan seorang penumpang.

Bantuan khairat kematian itu disampaikan dalam bentuk sumbangan cek kepada kedua-dua waris mangsa kemalangan iaitu Puan Husnal Firdaus Binti Mansor, waris kepada Mejar Mohd Saiful Azhar Bin Saad dan Puan Siti Soffan Binti Abd Halim, waris kepada Koperal Azizul Bin Azmy dalam satu majlis yang diadakan di Ulu Kinta, Perak.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Operasi SPANCO, Encik Mohamed Shaheeran Bin Mohamed Jalalludin.

Pada upacara tersebut juga, Encik Shaheeran mewakili SPANCO telah menyampaikan ucapan takziah kepada ahli-ahli keluarga mangsa dan mendoakan supaya mereka diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian atas kehilangan insan-insan tersayang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!