Songket Brunei & Pattani

Tenunan songket adalah hasil seni warisan Melayu yang amat tinggi nilainya. Dalam usaha mengangkat, menyuburkan dan memartabatkan warisan songket Melayu ke persada lebih tinggi, SPANCO menjalinkan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari, menerusi paparan koleksi 12 jenis songket sepanjang 2019 dalam PRIHATIN iaitu dua songket pilihan bagi  setiap keluaran. Menerusi edisi kelima ini, PRIHATIN mengetengahkan Songket Brunei dan Songket Pattani.

Songket Brunei

Kesultanan Brunei memperkenalkan penenunan songket pada negeri Sambas, Kotaringin, Pontianak, Coti, Pasir, Tuli-Tuli, Banjarmasin, Burau dan Sarawak.

Secara tradisinya, kemahiran menenun ini dimonopoli golongan wanita keturunan bangsawan atau dikenali sebagai ‘Awang Awang’ yang tinggal di Kampung Sungai Kedayan.

Corak kain songket Brunei terbahagi enam iaitu Jong Labuh, Jong Sarat, Sukma Indera, Si Pugut, Si Lubang Bangsi dan Kain Liputan Madu.

Songket terkenal Brunei ialah corak Jong Sarat iaitu tenun penuh. Warna-warna songket Brunei tidak terlalu gemerlap, kecuali untuk songket Si Pugut dan Sukma Indera.

Badan kain dihias motif bunga karang dalam turus, dipanggil ‘bunga berderai indah berseri’. Motif ini turunan songket lama, sudah dicam dalam songket Simanggaraja dari awal abad ke-20 lagi. Motif pengapit badan ialah rantai kuntum menegak dalam turus. Setelah disemak dengan motif tradisional Brunei, motif ini dipanggil ‘bertabur dan Arab Gagati bunga anggerik’.

Songket Pattani

Kain sampin/selendang lelaki Pattani mewakili generasi sampin abad ke-21. Motif dan warnanya adalah lebih dari satu, sehingga empat atau lima. Bagaimanapun, ia masih mengekalkan motif-motif tradisional.

Kain sampin pelbagai warna ini lebih mahal berbanding dengan kelasnya yang ekawarna benang songketnya. Sampin ini menampilkan benang lima warna iaitu emas, perak, abu, merah menyala dan ungu cerah.

Kain asas menggunakan benang sutera dari China.

Kepala kain terdiri daripada motif pucuk rebung berjuang. Kelima-lima warna diguna untuk menghasilkan pucuk rebung dengan warna natar merah kesumba. Gabungan warna menyerlah motif menjadi reka keseluruhan meriah dan bangkit. Reka untuk badan kain terdiri dari motif dalam motif. Motif luar bunga ialah bunga pusar yang terdiri dari bunga raya. Dalam pusar pula tampak  bunga tampuk kesemak. Di hujung kain ialah motif tepung talam skala kecil.

Motif (Bahagian II)

Sambungan dari Bahagian I dari edisi lalu

Motif-motif pada kain songket tidak semua dipaten di semua tempat. Justeru, setiap daerah tenunan memanggil nama motif sama dengan nama lain. Ramai juga perajin-perajin di lapangan tidak arif mengenai motif-motif yang digunakan kecuali mereka sendiri adalah aktivis yang memperjuangkan kelestarian seni tenun ini.

Perajin-perajin di desa bergantung kepada peraih-peraih untuk menjual kain-kain. Justeru, tidak ada insentif untuk inovasi dan sebagainya. Untuk kes rumah-rumah songket yang besar dan masyhur di Kelantan, Terengganu, Palembang dan sebagainya, mereka dapat menjalankan inovasi kerana adanya penyelidik yang sentiasa menjalankan kajian.

Secara keseluruhan, motif-motif yang digunakan merujuk kepada pengelasan yang diringkaskan seperti berikut:


Buah — Manggis/Mengseta, Kecupu, Peria, Cermai dan Padi.


Bunga — Cengkih, Melur, Lawang, Tanjung, Pecah Empat, Kenanga, Kangkung, Pecah Lapan, Cempaka Kuning, Kesidang, Bunga Raya, Bunga Cina, Bunga Bebaling, Delima, Bunga Cabit, Kesemak, Mawar, Semangat, Bogan, Bunga Pucuk dan Sarung Celak.


Flora — Pucuk Rebung, Daun Pucuk, Pokok Ru, Cendawan, Puding dan Inai.


Alam Bumi — Teluk Berantai, Air Mulih/Awan Larat, Gunung, Ombak, Bulan/Bintang, Matahari dan Sinar Matahari.


Fauna — Sirip Yu, Gigi Yu, Unduk-unduk, Dada Lipan dan Siku Keluang.


Motif Khas/Geometri — Pagar Acheh, Pagar Istana, Mahkota, Keris, Tepung Talam, Potong Wajik, Potong Ladu, Potong Putu, Bunga Madu Manis, Potong Seri Kaya, Kendik Tali, Kendik Sirip dan Sirip.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!