Peristiwa Penting SPANCO Evolusi Fleet SPANCO: 1994-2019

Bermula dengan 2,200 kenderaan pada tahun 1994, fleet yang diuruskan oleh SPANCO ketika ini telah mencecah hampir 13,000 kenderaan. Sepanjang tempoh itu, pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi. Namun, ia terus menguatkan keazaman SPANCO untuk terus meningkatkan kecekapan dan keupayaan kami. Berikut adalah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sejak SPANCO memulakan operasi.

TahunPeristiwa PentingUnit
1994SPANCO memulakan operasi membekal dan menyenggara kenderaan Saloon Kerajaan Persekutuan.2,264
1996Sistem MIMS Open Enterprise (SIKOM) dilaksanakan.3,912
1999Pusat Servis Wilayah di Puchong, Selangor telah dibuka.
Sijil ISO 9002:1994 dianugerahkan kepada SPANCO Services Sdn. Bhd.
3,922
2000Sijil kualiti ISO dinaik taraf kepada ISO 9001:20004,540
2003Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor.4,750
2004Perjanjian Tambahan Konsesi dimeterai di Putrajaya.4,951
2005Pelancaran Pusat Servis Wilayah baharu di Batu Caves, Selangor.5,089
2007Sistem pengurusan fleet T9 dilancarkan.5,890
2008Kelulusan Servis dalam talian dilaksanakan.8,702
2009Operasi papan pemuka (management dashboard) dilaksanakan.9,253
2011SPANCO menerima anugerah BrandLaureate untuk penjenamaan syarikat korporat terbaik dalam pengurusan fleet.9,559
2012Pelancaran Pusat Servis Wilayah baharu di Bangi, Selangor.
Pelancaran sistem pengurusan fleet baru (Fleet Management System) FMS.
9,737
2014Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia.10,227
2015SPANCO memperoleh kontrak untuk membekalkan dan menguruskan 1,200 kereta peronda baharu (Mobile Patrol Vehicles) untuk Polis Diraja Malaysia.11,092
2016Pelancaran Aplikasi Mobil SPANCO, Job Status Screen dan Service Status Board.
Kereta baharu Proton Perdana 2.0L diperkenalkan untuk menggantikan Proton Perdana 2.0.
11,808
2017Penyerahan 4 buah kereta Proton Preve sebagai Lead Car kepada Jabatan Penjara Malaysia.
Memperluaskan Sistem Temu Janji Servis (Service Appointment System) kepada seluruh Pusat Servis diiktiraf (PSD).
12,330
2018Portal fleet berwajah baharu dari segi reka bentuk, informasi dan pemberitahuan segera (push notification).
Pelaksanaan Skim Perantisan SPANCO di bawah program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
12,400
2019Penyerahan kereta Volvo S90 (kenderaan pendahulu) dan Volvo XC90 (kenderaan pengiring) kepada Istana Negara.
Portal dalam talian PRIHATIN SPANCO dilancarkan.
12,800

SPANCO terus komited dalam meningkatkan piawaian dan kualiti perkhidmatan demi kepuasan pelanggan.

Kongsi berita ini