Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bertempat di Ibu Pejabat Pendaftaran Negara,Putrajaya.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Azman Hj Idris, Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO yang turut hadir bagi menyampaikan sendiri kenderaan model-model Proton X70 1.5 STD kepada En. Zamri Bin Misman, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara.

ss2

Untuk makluman, sejumlah 15 buah unit Proton X70 1.5 STD ini diserahkan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara. Pihak SPANCO berharap semoga dengan perolehan aset terbaru ini akan mempertingkatkan lagi keupayaan dan kecekapan operasi pihak JPN.

ss1

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah En. Norazmi Bin Abd Sani, Eksekutif Akaun SPANCO dan staf-staf JPN yang terlibat bagi menjayakan sesi penyerahan Proton X70 1.5 STD.

ss4

Kongsi berita ini