Tips Makanan Sahur untuk Ramadan 1441H

Umat Islam di negara ini akan berpuasa ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Rutin dan kelaziman kita sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini semestinya akan berubah. Pasti ada hikmah atas segala yang berlaku. Jadikan ia sebagai peluang untuk mempertingkatkan keimanan dan amal ibadah bersama keluarga di rumah. Yakinlah yang kita akan mencapai kemenangan. SPANCO berkongsi tips makanan sahur untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Salam Ramadan 1441H

Tips Makanan Sahur Ramadan 1441H

1.Oat

Makanan seperti oat, bijirin dan roti mempunyai kandungan serat, vitamin dan nutrien yang tinggi dan cukup untuk membekalkan tenaga seharian serta melambatkan rasa kelaparan. Salah satu makanan yang mudah dibuat ialah overnight oat. Ia enak dimakan bersama susu segar, kacang, kismis, kurma, coklat dan buah beri.

2. Jus Buah-buahan

Pengambilan buah-buahan dalam bentuk jus atau smoothie ketika puasa membantu anda untuk kekal berhidrat kerana kandungan air yang terdapat di dalamnya amat tinggi. Terdapat 80% air pada buah-buahan seperti tembikai, nenas, beri biru, oren, pir, raspberi dan aprikot. Ia juga mampu menghilangkan rasa sakit perut dan gastrik.

3. Telur

Telur mempunyai sumber protein yang tinggi daripada ayam, daging dan ikan. Ia mampu mengekalkan anda aktif dan memperlahankan proses pencernaan. Makanan ini mudah disediakan pada waktu pagi dengan hanya merebuskan atau mengoreng telur dan makan bersama roti bakar gandum ketika sahur.

4. Aneka Sup

Sup sayur, ayam atau daging mengandungi zat yang mencukupi dan ia mampu membangkitkan selera untuk makan pada waktu pagi. Sup adalah hidangan mudah dimasak dan sedap di makan bersama bihun, kuetiau atau nasi.

5. Pasta

Hidangan sihat ala barat seperti pasta adalah makanan karbohidrat yang tinggi. Ia dapat menjana tenaga sepanjang puasa kerana mempunyai kandungan kalori tinggi. Pasta bersama ayam, hirisan cendawan, keju, sos tomato dan lain-lain ramuan mengikut cita rasa anda mampu menambahkan kelazatan makanan ini.

Baca juga: Juadah Tradisional Dan Popular Sarawak

Poster Tips Makanan Sahur untuk Kekal Bertenaga

tips makanan sahur

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!